Rabu, 26 Januari 2011

KAMBING LEBIH LAYAK JADI MENTERI


Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini. -
Mkini

Note: Aku tak tahu la nak ketawa atau nak menangis.. Ketawa sebab sebodoh ini pun boleh jadi menteri..Nangis sebab negaraku Malaysia menterinya memang bodoh gila.. Pilih kambing jadi menteri lagi baik.. Tak payah bayar gaji mahal-mahal.. bagi rumput dah cukup. Cukup tahun nanti boleh sembelih dan tukar kambing lain jadi menteri lagi. Bagusnya kambing dia tak tahu nak sakitkan hati rakyat dengen kenyataan sebodoh ahmad maslan ni..
rubbertapperz

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1C7GKDLWR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan