Rabu, 26 Januari 2011

PELAKON PORNO TERUS HINA ISLAM LAGI


 
http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/01/pelakon-porno-terus-hina-islam-lagi.html
"Apa yang HEBAT sangat dengan nilai Islam itu?" - Chua Soi Lek
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah menyokong kenyataan pelakon porno yang kini menjadi Presiden MCA Chua Soi Lek yang mempertikaikan kewajaran calon PAS/PR Cikgu Normala menggunakan sarung tangan ketika berjabat tangan.

Setelah menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan berbagai pihak kerana mempersetujui tindakan pelakon porno itu menghina Islam dan tersepit pula dalam isu Interlock Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah meminta MCA berhenti dari memainkan isu berjabat tangan itu.

Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah meminta MCA agar berhenti dari memainkan isu berjabat tangan yang telah dimulakan oleh pelakon porno merangkap Presiden MCA, Chua Soi Lek namun begitu arahan dari Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab itu langsung tidak dipedulikan oleh pelakon porno itu..

Beliau nampaknya lebih suka untuk terus berkonfrontasi dalam membela kritikannya terhadap wanita Islam yang memilih untuk tidak berjabat tangan dengan yang berlainan jantina kerana ianya diharamkan di dalam Islam kecuali beralas atau memakai sarung tangan.

Dalam mempertahankan tindakannya itu pelakon porno, satu kerjaya yang biasanya dilakukan oleh manusia yang tidak mengenal apa itu moral dan apa itu budaya dan juga tidak mengenali apa itu sopan santun telah bercakap soal moral, budaya dan sopan santun.

Menjawab soalan wartawan Pelakon Porno merangkap Presiden MCA itu dalam nada yang marah tetap menegaskan pendiriannya bahawa norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan.

“Saya telah hidup dikalangan awam selama bertahun-tahun, itu sebahagian dari budaya dan sopan santun dalam berjabat tangan” kata pelakon porno itu.

Sebelum ini pelakon porno itu telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.

Pelakon porno itu juga telah berkata "Dia tidak akan datang ke sini (sebuah kuil China), dia bahkan tidak berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika ia berjabat tangan. Jika anda boleh menerima jenis nilai-nilai Islam ini , teruskan dan pilihlah PAS, "katanya.

Hal ini kemudiannya disambung pula oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe dari GERAKAN yang membidas Cikgu Normala dengan berkata amalan Normala itu adalah bukti bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bercorak melampau.

"Ini adalah perkara yang paling asas ... Tidak hanya dengan laki-laki, tetapi ketika ia berjabat tangan dengan wanita, ia juga perlu memakai sarung tangan, " dakwa Tan yang dihadapannya ketika itu ialah Ismail Sabri menteri dijabatan itu.

"Ini tidak mesra.. ianya menggambarkan seolah-olah dia berfikir tangan kita ini kotor ... saya berharap para pengundi Cina berhati-hati (dengan negara-negara Islam) .. Kami amat bimbang tentang negara Islam. Mereka ingin menubuhkan sebuah negara pelampau Islam," tambahnya lagi..

Biarpun kenyataan dari pelakon porno itu telah menimbulkan reaksi keras dari umat Islam dari kedua-dua belah pihak dan ramai yang mengingatkannya tentang video lucah yang telah dilakonkan oleh pelakon porno itu pada tahun 2008 bahkan Muhyiddin juga telah meminta MCA agar menghentikan memainkan isu berkenaan negara Islam ini bagi memenangi hati pengundi Cina di Tenang.

Namun begitu pelakon porno itu dengan bongkaknya telah membakul sampahkan arahan Muhyiddin @ Mat Sembab itu.

"Tidak ada keperluan untuk Timbalan Perdana Menteri atau media untuk mengingatkan hal ini kepada kami," marah pelakon porno itu seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

'Apa yang begitu Hebat? "

Tanpa memperdulikan kemarahan yang telah ditimbulkannya sebelum ini, pelakon porno itu tetap dengan pendiriannya, mengatakan tidak ada yang hebat tentang mengetahui nilai-nilai agama Islam.

"Jadi apa yang begitu hebat tentang itu Itu adalah nilai agama anda yang saya tidak tahu.. Bagaimana saya tahu tentang nilai-nilai agama itu sedangkan saya tidak mempraktikkan agama itu?"

"Saya punya hak untuk mengatakan bahawa hal itu sikap asas untuk berjabat tangan dengan orang ramai. Itu nilai-nilai saya .. Mengerti? Anda juga harus menilai nilai saya, yang sopan santun, yang meliputi soal berjabat tangan,"

Jadi sekarang apa yang kita telah lihat ialah pelakon porno ini semakin bongkak dan angkuh kerana beliau sedar tidak ada pihak yang berani mengambil sebarang tindakan terhadanya kerana beliau adalah Presiden MCA yang merupakan sekutu UMNO didalam Barisan Nasional.

Nampaknya kini segalanya telah terbalik.. dulu DAP sering dikaitkan sebagai parti Chauvinist Cina yang lantang menolak penubuhan Negara Islam, tetapi setelah mereka rapat dengan PAS mereka mula memahami Islam..

Kini MCA pula kelihatan seperti sebuah parti chauvinist Cina yang amat takutkan Negara Islam biarpun telah melebihi 50 tahun mereka telah bersama UMNO.

Apa yang jelas kepada kita ialah biarpun UMNO dan MCA telah bersama lebih dari 50 tahun, UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam telah gagal memperkenalkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Islam kepada MCA.

Presiden MCA itu juga telah menunjukkan sikap bodoh sombongnya kerana tidak tahu tetapi tidak mahu bertanya..

Kesimpulannya ialah Biadap dan Bongkaknya Presiden MCA ini ialah hasil dari tarbiah UMNO!!!

Terjemahan dengan sedikit tambahan oleh
Anak Sungai Derhaka

Note: Kah..kah..kah..kah.. Terima kasih umno dan perkasa kerana takut kepada pelakon porno ini. Terima kasih juga kepada jamil khir, harus sana sini, zol nordin dan bahreng ali kerana berjaya mendiamkan diri bila agama kamu dihina dan dicaci oleh rakan sebantal kamu. Kamu semua sememangnya pejuang menjahanamkan islam yang tulin. Semoga surga yang indah menanti buat kamu semua di sana nanti.

Note: "Tidak ada keperluan untuk Timbalan Perdana Menteri atau media untuk mengingatkan hal ini kepada kami," Kah..kah..kah..kah... Muhyiddin buta-buta jer kena sound... Kah..kah..kah.. terang-terang cina MCA ni pijak-pijak kepala pemimpin umno.. Orang umno buat apa? Buat bodo jer... Kah..kah..kah..kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan