KOTA BHARU, 26 Jan - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor. Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar PAS.
Malah, beliau berkata, PAS lebih mendahului ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri. “Kita (Pas) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955, iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin UMNO bahawa Pas perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya bagi mewakili Pakatan Rakyat.
[Kenyataan Nik Aziz ini diharap dapat meredakan sedikit kemusykilan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri tentang perkara ini. Ternyata Islam memberi tempat sewajarnya kepada kaum wanita asalnya ia tidak bertujuan maksiat dan sebagainya. UMNO BN kini asyik menggunakan isu itu sebagai modal untuk memancing undi. Namun, para ulamak itu sebenarnya lebih mengetahu daripada apa yang kita tidak ketahuinya. Oleh itu, teruskan perjuangan untuk menyedar serta meyakinkan rakyat tentang kepentingan untuk meneruskan agenda perubahan buat seluruh rakyat sejak dulu, kini dan buat selama-lamanya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan