Flip-Flop, Gambaran Buruk Kepimpinan Najib
SHAH ALAM : Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mula berdolak dalih berhubung tawaran untuk perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium dan bukan dijalanan hanya memberi gambaran buruk kepada kepimpinan beliau.
Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keengganan Najib untuk bekerjasama dengan Bersih 2.0 jelas menunjukkan Najib tidak akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan terus menghalang Himpunan Bersih 2.0, Sabtu ini.
"Sepatutnya pihak kerajaan memberi kerjasama yang penuh untuk memastikan perhimpunan itu dapat dilaksanakan. Kerajaan juga perlu akur dengan apa yang telah ditawarkan oleh Perdana Menteri untuk menggunakan stadium. Sebarang tindakan selain daripada perkenan Seri Paduka, ia boleh ditafsirkan sebagai mengingkari titah Seri Paduka," tegasnya.
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dalam kenyataan media lewat malam semalam berpendirian untuk tetap menjadikan Stadium Merdeka sebagai lokasi berkumpul pada 9 Julai nanti walaupun tidak mendapat kebenaran.
Perdana Menteri Najib dalam masa yang sama dilihat tidak konsisten apabila menyatakan pertubuhan Bersih 2.0 harus berdaftar sebelum dibenarkan berhimpun di stadium walhal cadangan itu datang dari beliau sendiri.
Lebih buruk lagi, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar turut membekukan kesemua permit sementara bas ekspres untuk masuk ke ibu negara bermula hari ini.
Jelas Syed Ibrahim, beliau kesal dengan tindakan Najib yang hanya memperkudakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) demi kepentingan politik semata.
"Bersih telah memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berjalan dengan aman tapi kerjasama untuk perhimpunan ini berlangsung secara aman perlu juga diberikan oleh pihak kerajaan dan polis.
Tetapi setakat ini tiada sebarang tindakan positif bahawa ia akan berjalan seperti yang diinginkan Seri Paduka.
Malah, saya rasa apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah pihak polis khususnya hanya akan menyebabkan keadaan lebih huru-hara," ujarnya kepada Tvselangor -tvsnews

Tiada ulasan:
Catat Ulasan