Selasa, 16 Ogos 2011

Diseret Suami Dalam Keadaan Bogel

Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel...

GOMBAK: Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam.
Sekadar renongan...


Sempena di bulan Ramadan ini, didiklah diri kita untuk menjadi seorang yang sabar... Sabar itu bukan sahaja satu tuntutan syariatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi oleh manusia), malah ia adalah satu sunnatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk mengatur seluruh alam dan kehidupan).

Seluruh alam ini dicipta dan diatur atas tapak sabar. Langit dan bumi diciptakan oleh Allah penuh kesabaran yakni dalam tempoh enam masa, padahal Allah mampu menciptakannya hanya dalam sekelip mata.

Sabar adalah tuntutan yang khusus buat manusia. Ia tidak dituntut ke atas haiwan kerana haiwan hanya memiliki syahwat tanpa akal dan hati nurani. Oleh sebab itu, ia tidak dibekalkan oleh Allah dengan keupayaan untuk bersabar. Hidupnya hanya dipandu oleh syahwat (nafsu).

Manakala malaikat pula memang telah sedia baik, tidak mempunyai nafsu. Jadi tidak ada pertarungan dalam dirinya untuk melakukan kebaikan atau kejahatan yang memerlulan sifat sabar.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat) Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran. Iman itu bukan hanya sekadar ilmu di kepala, ucapan di mulut, tetapi adalah soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan