Dengan perasan tulus dan ikhlas, disini saya ingin mengajak semua rakan-rakan dari Pakatan Rakyat agar kita ketawa secara berjemaah demi menghargai pelawaan Nazri Aziz supaya DAP menyertai BN. Kah!...3X
Dipetik:
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.
"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.
"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.
Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.
Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.
"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".
Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".
"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."
payahsungguh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan