Khamis, 4 Ogos 2011

Hukuman ala mazhab Umno... haha...

Berita ni mungkin saja dianggap sebagai satu lagi cerita karut dari mimpi mimpi Raja Petra tapi umum dah tau dah, ISA dan EO adalah hukuman yang terbit dari mazhab Umno. Hukum mazhab adalah berteraskan manusia ganti tuhan.

Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog
Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah.

Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut.

Jelas, mazhab Umno telah berjaya melahirkan ramai manusia yang berlagak sebagai Tuhan, menteri menteri Umno sudah dapat hak keistimewaan dan berkelayakan sebagai tuhan dengan disokong oleh ahli ahli mereka yang buta. Bagi mereka, Tuhan mereka dapat gunakan kuasa mutlak ini mengawal keamanan negara, dan menggugut bangsa lain dari bangsa Umno bangkit memberontak.

Sesiapa yang melawan mazhab umno akan diheret ke penjara. Malah mereka jugak boleh merasuah dan menerima secara halal, ambil kontrak untuk kroni macam hak mak bapak depa yang punya. Memfitnah dan menghukum sesiapa pun dengan sokongan mahkamah dah jadi perkara besa.

Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan (kiri) memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu “amat berjaya” mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim),” petik kabel itu.

Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008.
Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008.

Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan