Khamis, 4 Ogos 2011

SPR patut lupakan sistem biometrik


Oleh Haji Abdul Subky Latif

Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem biometerik sebagai alternatif kepada penggunaan dakwat kekal patut dilupakan.

Tidak ada parti pembangkang sebagai pelanggan utama kepada SPR yang bersetuju dengan cadangan itu sekali pun ia satu sistem berteknologi canggih.

Penolakan pembangkang itu disokong pula oleh setiap yang menyokong gerakan Bersih 2.0 yang menuntut diadakan reformasi a tau transformasi sistem dan perjalanan pilihan raya di negara ini.
Sekali pun jentera biometrik itu dapat menjamin ia dapat mengesan apa yang hendak dikesan bagi mengelakkan penyelewangan, tetapi faktor kelemahan makhluk bernama manusia yang sentiasa terdedah kepada segala tipu daya, jadi punca utama penggunaan sistem biometrik itu ditolak.

Manusia itu sendiri adalah punca segala fitnah, maka segala yang boleh mendatangkan fitnah wajah dijauhkan.

Jika banyak negara di dunia tidak memakai sistem itu, maka Malaysia pula mahu mempelopori pemakaiannya bagi menunjukkan ia lebih maju dibidang teknologi, ia tidak menjadikan Malaysia mendahului lain-lain negara. Ia tidak menjadi pilihan banyak pihak ialah kerana faktor manusia yang sentiasa terdedah kepada fitnah dan penyelewengan.

Dalam diri kejadian manusia itu s endiri dilengkapkan dengan nafsu. Nafsu itu boleh menguasai manusia yang sesungguhnya juga ada kelemahan pada kejadiannya. Hanya para nabi sebagai manusia pilihan Tuhan dijamin dapat mengawal hawa nafsunya.

Oleh kerana dalam banyak masa pengendali SPR itu lebih diragui kejujuran dan daya keadilannya, maka tiada jaminan ia dapat memenuhi amanah mengendalikan mesyin biometrik seadil-adilnya.

Bukan manusia tidak boleh mempercayai sesama manusia, tetapi manusia hanya mempercayai s etengah manusia dan tiada manusia yang dipercayai oleh semua manusia. Justeru itu manusia mengelakkan penggunaan alat manusia tidak sepakat mempercayainya.

Setakat ini rata-rata manusia di dunia sepakat penggunaan dakwat kekal adalah kaedah yang terbaik bagi memanimakan penipuan dan penyelewengan. Ia adalah satu kaedah yang prematif tetapi ia amat sesuai dengan kejadian dan kehidupan manusia dalam semua zaman.

Jika cara untuk membuat keputusan seperti sekarang berlaku di zaman Nabi SAW, dan sekalian sahabat Nabi itu tebal-tebal belaka imannya, dan penggunaan dakwat kekal itu adalah kaedah paling sedikit fitnahnya, saya percaya nabi yang tidak sukakan fitnah menggalakkan keadah yang paling tidak mendatangkan fitnah atau yang paling kurang fitnah.

Tetapi dalam perkara yang terdedah kepada fitnah, nabi tidak galakkan sama sekali.

Katakanlah isu penggunaan biometrik dan penggunaan dakwat kekal, tidak berlaku di zaman nabi. Pilihan terbaik bagi umat Islam ia minta panduan dari majlis fatwa, apakah panduan yang majlis fatwa boleh beri?

Tidak lain majlis fatwa beri panduan, pakailah sistem yang paling kurang fitnah dan keburukannya.

Ada empat negara besar di dunia yang ramai penduduk Islamnya yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan rayanya iaitu Mesir, Indonesia, Pakistan dan India. Sekali pun majoriti rakyat India bukan Islam, tetapi penduduk Islamnya lebih ramai dari kebanyak negara Islam.

Sepakat para ulama negara tersebut membenarkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan rayanya.

Mungkin ketika pilihan raya pertama di masa penjajah dulu — tahun 1955 — penjajah British tidak terfikir akan adanya penyelewengan dan penipuan seperti yang diamalkan di Unted Kingdom, maka ia tidak merasa perlu memperkenalkan dakwat kekal.

Tetapi setelah Malaysia ada pengalaman selama 50 tahun mengendalikan pilihan raya, semuanya tahu ia terus terdedah kepada penyelewengan manusia, ia menjadi-jadi disebabkan oleh ketiadaan sistem kawalan yang berkesan dan pengendali pilihan raya tidak berupaya menyekat penyelewenan, maka sistem kawalan itu amat diperlukan.

Penggunaan dakwat kekal yang prematif itu tetap relevan dan terbaik setakat ini diterima pakai oleh banyak negara di dunia.

Maka apa yang menjadikan kerajaan Malaysia dan SPR menjadi begitu bebal mengelakkan penggunaannya?

Ia terus berdolak dalik mengelakkannya sejak ia mula dikemukakan selepas merdeka. SPR telah mati angin untuk menolaknya dalam PRU 2008 dulu. Ia telah memesan dakwat. Sudah ada dakwat itu. Tetapi ia masih tidak dapat hidayat lalu membatalkannya dua tiga hari sebelum mengundi.

Ada perbalahan antara Perdana Menteri masa itu dengan SPR tentang alasan pembatalannya.

Kali ini kerajaan dan SPR menggunakan dalih lain. BN dan SPR tiada dalih yang kuat untuk menyangkal pengundi hantu dan penyelewengannya. Ia cuba mengalih kepada penggunaan sistem biometerik sebagai usaha menjadi PRU 13 paling telus, adil dan bersih.

SPR membuat janji-janji manis. Ia dilihat seperti menanam tebu di bibir. Tetap ia berdegil untuk menolak dakwat kekal. Jika diadakan pungutan suara kehendak SPR itu akan ditolak. Tetapi rakyat tidak merasa perlu untuk menuntut diadakan pungutan suara mahu dakwat kekal atau alat biometrik.

Tuntutan yang mudah guna saja dakwat kekal dan lupakan saja sistem biometrik.
DD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan