Isnin, 5 September 2011

BERANIKAH UMNO SAHUT CABARAN DEBAT.??

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.
PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain, yang bangun menentang penjajah. Tetapi malangnya jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab.
Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek? Contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?
PAS hanya mampu ketawa besar apabila parti dituduh media perdana dan para pemimpin Umno sebagai penyokong komunis hanya kerana ingin membela tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air. Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat, mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah. Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini. Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat penimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.


Selain itu, tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam 'head-to-head' pada PRU-13.


Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicop sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis.


Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan.
Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang.


Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tiada titik persamaan!

Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS : "PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka."


Tuduhan Umno terhadap PAS seolah-olah nak samakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan ‘kuasa dan hanya kuasa’ saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan