Isnin, 5 September 2011

Mat Sabu kena sekolah semula... kahkahkah...

MUKA PENGAWAL SEKOLAH MENGANDUNG

Datuk Seri Noh Omar: Ketepi kepentingan nasional, terlalu fokus agenda politik berbahaya - Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Semakin banyak pihak terus mengecam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke Balai Polis Bukit Kepong, Johor sebagai pejuang kemerdekaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata membuktikan Timbalan Presiden PAS itu sengaja membelakangkan kepentingan nasional, terlalu mementingkan agenda politiknya yang amat bahaya kerana boleh menimbulkan suasana tidak selesa kepada rakyat.

Mat Sabu masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor “Mat Sabu kena sekolah balik kerana masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati,” katanya pada sidang media sempena rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tanjung Karang, semalam.

Kahkahkah...
Memang betoi Mat Sabu merbahaya...
Mat Sabu amat amat merbahaya....kahkahkah...
Mat Sabu terlalu bahaya pada Umno.... kahkahkah...
Kata kata Mat Sabu telah menyedarkan Melayu bahawa sejarah negara telah ditipu oleh Umno... kesedaran umat Melayu tentang sejarah negara akan menggugat Umno....
Umno akan jadi sejarah baru nanti...
 
http://shalehudin.blogspot.com/2011/09/mat-sabu-kena-sekolah-semula-kahkahkah_05.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan