Jumaat, 21 Oktober 2011

Apa yang 'kebal' sangat PAPAGOMO nie... ???

Sudah Melampau: Bagaimana Bahan Bukti SPRM 'Dapat Kepada Papagomo?'

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berhubung satu dakwaan yang disiarkan dalam satu blog pro-Umno bahawa allahyarham antara lainnya mempunyai seorang perempuan simpanan.

Blog berkenaan juga mendakwa bahawa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga itu, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut.Polis perlu menyiasat dakwaan berkenaan, kata Mokhtar, yang turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau akan membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes melibatkan allahyarham.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.

Keluarga allahyarham pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum menggesa perdana menteri menubuhkan suruhanjaya diraja untuk membolehkan siasatan kes kematian bekas pegawai kanan jabatan kastam itu dibuka semula.

Makhtar mendakwa, apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan.

"Macam mana gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada (blog) papagomo?," soalnya yang mendakwa, foto berkenaan tersimpan di dalam telefon bimbit allahyarham.

Menurutnya, telefon bimbit itu telah dirampas SPRM ketika siasatan dijalankan ke atas pegawai kastam itu.

Makhtar mendakwa wanita di dalam foto berkenaan juga bukanlah seorang wanita simpanan, seperti didakwa blog berkenaan.

Sebaliknya, dakwa beliau, wanita itu merupakan rakan kepada seorang anak perempuan allahyarham.

"Anak arwah telah pinjam telefon arwah untuk rakam gambar tersebut," katanya Makhtar lagi yang juga seorang bekas majistret.

Katanya lagi, pihak keluarga allahyarham telah mengetahui mengenai dakwaan dalam blog tersebut sejak dua minggu lalu.

"Ini yang buat keluarga rasa begitu sedih," katanya lagi. -mk

http://greenboc.blogspot.com/2011/10/sudah-melampau-bagaimana-bahan-bukti.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan