Jumaat, 21 Oktober 2011

TERKINI!! Muammar Gaddafi Ditawan!


Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini sudah ditawan tentera kerajaan peralihan (NTC) selepas berjaya menawan satu-satunya kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.

Wartawan The Guardian dan Al Jazeera yang menyaksikan saat-saat di mana kubu terakhir Gaddafi ditawan berkata, tentera yang setia kepada kerajaan baru sudah memulakan gerakan memburu saki-baki tentera yang setia kepada Gaddafi untuk tujuan pengadilan.

Pertempuran berakhir jam lapan pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Difahamkan Gaddafi cedera di kedua-dua kakinya semasa ditawan dipercayai turut bersama mempertahankan kubunya yang berada beberapa kilometer dari kem tentera kerajaan baru.

Dan apabila cuba melarikan diri bersama-sama dengan pengikut setianya, dia diserang bertubi-tubi tentera NATO menyebabkan kedua-dua kakinya cedera dalam pertempuran.

Manakala Reuters melaporkan bahawa Gaddafi kini berada dalam tawanan dan sudah diberikan rawatan perubatan oleh pasukan paramedik dan juga beberapa anggota tentera NATO yang terdiri daripada tentera Perancis, Britain dan Itali.

Dengan tewasnya Gaddafi bermakna seluruh Libya kini berada dalam kawalan tentera kerajaan peralihan dan satu kenyatan media berhubung penawanan Gaddafi akan disiarkan menerusi stesen televisyen kerajaan sebentar lagi.

Pejuang Libya mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Muammar Gaddafi di ibu kota Sirte, menjadikan kesemua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, serangan terakhir bermula jam 8 pagi, hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.

Sebelum serangan itu, menurut wartawan terbabit, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan