Seorang pemabuk berusia 47 tahun yang merupakan seorang tokey membuat mee telah mencampakkan anaknya ke dalam kuali berisi air mendidih untuk merebus mee. Kejadian itu berlaku ketika dia dan isterinya bertengkar dan waktu itu isterinya sedang menggendong bayi mereka yang berusia baru 10 bulan.
Isterinya sangat terkejut lalu cuba menyelamatkan bayi itu, tetapi sudah terlambat, kerana 90% tubuh bayi sudah melepuh kerana air yang sangat panas. Ibu bayi itu cuba menyiram bayi dengan air dan melepas baju bayi tetapi hal itu menambah kesakitan yang diderita bayinya, kerana sebahgian besar kulitnya jadi terkelupas. Kemudian ibu bayi berlari ke rumahnya membawa bayi itu untuk minta pertolongan saudaranya yang kemudian membantunya membawa bayi ke hospital.
Polis yang datang ke tempat kejadian untuk menangkap ayah bayi itu, mendapati bapa kejam tersebut sedang memasak mee, seolah-olah tidak pernah terjadi sesuatu apapun. Di balai polis, setelah sedar, barulah bapa kejam tersebut menyesali perbuatannya, dan mengatakan bahawa dia tidak pernah berniat melemparkan bayinya ke air panas. Setelah dilakukan rawatan keadaan bayi mula pulih tetapi pada waktu malam keadaan bertambah buruk, tiga hari kemudia, bayi berusia 10 bulan itu akhirnya meninggal dunia - malaysiasensasi.net
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz18r2rtW00
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz18r2rtW00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan