ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pemberian beg sekolah berlambangkan Umno dan Barisan Nasional adalah sumbangan ikhlas yang sepatutnya tidak dipertikaikan.
Menurutnya, sumbangan beg sekolah dan beberapa bantuan lain kepada golongan berpendapatan rendah bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan untuk sesi persekolahan tidak lama lagi.
“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia adalah sumbangan daripada UMNO untuk anak-anak ke sekolah dan tiada agenda politik tersembunyi sepertimana didakwa pembangkang,” katanya.
Nolee berkata, logo atau lambang yang tertera hanya menunjukkan identiti penyumbang, sama seperti pihak lain yang pernah memberi bantuan tidak kira pihak kerajaan atau swasta, mereka pasti meletakkan sesuatu untuk melambangkan identiti.
“Kalau kita lihat, penyumbang selalunya akan meletakkan logo di setiap bantuan barang sumbangan dan logo UMNO dan BN hanya menunjukkan ia adalah sumbangan daripada kami.
“Pemberian ini dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di Dewan Orang Ramai atau dalam kawasan kampung dan tidak melibatkan pihak sekolah. Namun terpulang kepada penerima sekiranya ingin menggunakan beg berkenaan ke sekolah, tuisyen atau sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, sumbangan itu adalah salah satu usaha UMNO untuk membantu penduduk mengurangkan perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan isu yang dibawakan pembangkang tidak masuk akal.
“Saya tidak memaksa anak-anak untuk membawa beg ke sekolah tetapi terpulang kepada penerima untuk menggunakannya. Tujuan kita adalah untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga bukan mahu melibatkan agenda politik seperti diuar-uarkan.
“Bagaimanapun, sehingga kini, saya belum pernah menerima apa-apa aduan daripada pihak penerima berkenaan bantuan beg sekolah ini dan jelas bahawa pembangkang sengaja menggunakan isu untuk mengucar-ngacirkan keadaan,” katanya.
Bah Juragan : Kalau PR yang bagi..sah le masuk TV3 suku,siap tunjuk beg berlambang tu sekali dgn. kenyataan pimpinan Umno bahawa PR mempolitikkan murid sekolah,maka gegak gempitalah satu dunia...Hampehh la lu Umno..
Bagi kalau tak Ikhlas tak payah le..Lebih baik jadi macam Bah,hati cenang celalu,bila undi kami tak cokong BN..kuah3

Tiada ulasan:
Catat Ulasan