Sabtu, 1 Januari 2011

Kerajaan Buruk Siku : bagi Bonos RM500 lepas tu suruh rakyat bayaq saman

Jangan sampai rakyat kata kerajaan buruk siku
Oleh Dumexjiman

Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional atas insentif untuk kakitangan kerajaan sebanyak RM500 pada bulan Disember. Terpancar sedikit senyuman di wajah mereka. Setidaknya duit tersebut dapat meringankan beban ibu bapa bagi persediaan persekolahan anak-anak.
Di dalam kesibukan ibu bapa menyediakan perihal sekolah anak-anak, secara sedar atau tidak pada bulan itu juga pihak polis mengadakan diskaun untuk saman trafik. Secara kasar ianya tidak nampak cacat celanya, akan tetapi bila di teliti ia tidak lebih dari mengambil kesempatan atas pemberian bonus tersebut.
 
Persoalannya, mengapa bulan Disember dipilih untuk mengadakan diskaun tersebut. Mengapa tidak diadakan pada bulan Mac, selepas keadaan kewangan rakyat kembali selesa.

Dalam berita sibuk mengatakan yang tawaran diskaun tersebut tidak mendapat sambutan, walhal waktu ini semua sedia maklum yang wang perlu ditumpukan pada persekolahan anak-anak.

Maka saya mohon agar pihak PDRM memikirkan hal tersebut, jangan sampai rakyat kata "KERAJAAN BURUK SIKU".

Baru diberikan bonus RM500 dan secara senyap minta PDRM ambil semula..

Satu lagi yang dikatakan "RAKYAT DIDAHULUKAN".

Dumexjiman,
Bandar Tun Hussein Onn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan