1. Johor adalah kubu kuat Umno sebagaimana Kelantan diiktiraf sebagai kubu kuat PAS. Menyerang kubu kuat lawan menuntut strategi yang berbeza dan lebih ampuh berbanding negeri-negeri yang lain.
2. DUN Tenang bukan hanya pertembungan biasa dua buah parti politik. Ia mungkin selekoh terakhir bagi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sebelum menuju PRU 13. Sebagaimana PRU Ijok 2007 dan PRU Arau 1998. Ia akan menjadi kayu ukur paling tepat bagi mengunjurkan keputusan PRU terdekat.
3. Di dalam pilihanraya kecil Ijok 2007, Parti Keadilan Rakyat telah menamakan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon di situ. DS Anwar Ibrahim telah mengetepikan rakan karibnya Nalakaruppan walaupun peratusan pengundi India agak tinggi di kawasan tersebut.
4. Khalid Ibrahim tewas namun matlamat jangka panjang PKR dalam pertarungan tersebut telah mencapai maksud. PKR secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan seorang tokoh korporat sebagai salah seorang tokoh PKR negeri, yang berkemungkinan besar akan dilantik sebagai Menteri Besar jika PKR (serta rakan Pakatan Rakyat) menang dalam PRU 12.
5. Perkara yang sama perlu dibuat di Tenang.
6. Kebarangkalian PAS untuk menang di Tenang kelihatan tidak secerah Umno. Kebarangkalian PAS dan Pakatan Rakyat menguasai Johor dalam PRU 13 juga masih kelam-kelam kelabu. Namun keyakinan untuk menawan negeri itu mestilah dibina secara serius dan diri setiap pimpinan dan ahli parti PAS.
7. Jika kita sendiri tidak yakin dengan keupayaan kita, bagaimana orang lain akan yakin pada kita?
8. Salah satu isyarat bahawa PAS yakin adalah dengan mempersiapkan seorang calon MB sebagai suatu komitmen awal parti untuk manfaat politik jangka sederhana dan panjang. Calon yang wajar diangkat di Tenang nanti mestilah seorang tokoh nasional PAS yang telah punyai nama besar serta diiktiraf oleh massa.
9. Ia tidak lain tidak bukan adalah YB Salahuddin Ayub, salah seorang Naib Presiden PAS dan MP Kubang Kerian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan