Melaka-XPDC Dakwah sempena Tahun Baru ajuran Dewan Pemuda PAS malam tadi berjaya mencapai target yang di hendaki. Sebanyak 3000 risalah berjaya di edar di tiga tempat tumpuan malam tahun baru seperti di Dataran Ayer Keroh, Sungai Melaka dan Dataran Pahlawan.
Sasaran malam XPDC Dakwah yang di adakan adalah lebih kepada anak-anak muda yang kebanyakannya masih lena dan lalai dengan hiburan yang berlebihan di sajikan oleh kerajaan Melaka.
Hasil dari XPDC Dakwah yang dilakukan di sekitar kawasan tumpuan di Melaka, rata-rata generasi muda di lihat semakin membimbangkan dengan pergaulan bebas antara laki dan perempuan, pakaian yang tidak sopan dengan perempuan yang berpakaian seksi dan lelaki dengan tidak menutup aurat. Yang menyedihkan, sebahagian besar dari mereka adalah dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Bahkan ada di antara mereka yang wanita berpakaian lebih menjolok mata berbanding bangsa dan agama lain.
Adakah ini sebenarnya 'Kemajuan' yang Ali Rustam mahukan? Mungkin inilah harga sebuah kemajuan yang perlu di bayar. Terpaksa menggadaikan maruah bangsa dan agama. Terpaksa melacurkan masa depan generasi muda dengan hiburan melampau, tiada sempadan halal dan haram yang akhirnya nanti masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Anak luar nikah, buang bayi, rogol, rempit, dan lain-lain masalah sosial. Masing-masing mencari jalan keluar mudah tanpa melihat punca kepada masalah sosial ini.
Suasana di negeri 'Maju'
Masalah sosial yang berlaku adalah di sebabkan manusia sudah melupakan tanggungjawab masing-masing. Ini dilihat dari aspek mereka memenuhi keperluan organik dan kehendak naluri mereka seharian, sebagai contoh dengan mengambil method barat dengan beranggapan method ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak naluri mereka. Sedangkan kita tahu method ini datang dari tuntutan hawa nafsu semata-mata tanpa adanya konsep 'keimanan' di situ.
Jika kita beranggapan pembangunan fizikal mampu menyelesaikan masalah ini, wajarlah kita melihat kepada Amerika yang di katakan maju itu, dimana kadar masalah jenayah dan bilangan banduannya yang berjumlah 6,934,200 orang pada tahun 2003 sedangkan pada tahun 1980 hanya 1,842,100 orang banduan sahaja, peningkatan sebanyak 12% setiap tahun (Sumber: Bureau of Justice Statistics). Manakala, bagi negara Afrika yang di miskin itu, pengidap AIDS di negara itu adalah berjumlah 25.4 juta orang jika di bandingkan anggaaran 39.4 juta pada tahun 2004 (sumber : Statistics UNAIDS/WHO).
At least ada masa membaca..
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim melaksanakan tanggungjawab ini terutama sekali kepada para pemimpin dan pemerintah Islam yang mempunyai kuasa jika di lihat dari aspek kenegaraan kerana Negara itu adalah pengawal dan pengawas masyarakat, individu dan hukum syarak. Pemerintah di amanahkan oleh Allah untuk melaksanakan syariat. Sepertimana hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,"Seorang pemimpin adalah pengembala dan dia bertanggungjawab terhadap gembalanya"
Anak muda di malam tahun baru..
Persoalannya, pemimpin negara hari ini masih belum bangun, masih tidak sedar walaupun telah ramai yang mengingatkan. Oleh sebab itu alasan jahil itu relevan bukan dalam erti kata tidak tahu sahaja, tetapi tidak tahu di sebabkan tidak mahu. Kerana Ilmu yang baik itu adalah hikmah buat orang muslim dari Allah, namun apabila mereka menolak ilmu itu maka jadilah mereka orang yang jahil dan menjadi sombong. Maka tidak hairanlah wujudnya sekolah mengandung, pemberian kondom percuma, pendidikan seks di sekolah dan lain-lain.
Pemikiran yang perlu di ubah dahulu...Allahu'alam
p/s: 3 orang sahabat telah di tangkap oleh polis malam tadi di sebabkan mengedar risalah Dakwah..dunia..dunia...
Maka dapat di simpulkan kemajuan fizikal bukanlah faktor indikator kepada penyelesaian masalah sosial. Sebab itu Islam datang dengan penyelesaian, kerana Allah itu pencipta sekalian makhluk, hanya Dia yang mengetahui punca dan sebab segala masalah yang berlaku pada makhluknya dan hanya Dia yang ada formula, di mana formula itu telah di 'cetak' dan di sediakan pada kita, iaitu Al-Quran melalui perantaraan-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pelengkap kepada ajran Islam.
Amilin mengedar risalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan