Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menurut YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya. Di sini
Sidang DUN: Jangan Salaherti Sultan Selangor Menyokong Mana-mana Pihak
SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Rabu bertitah bahawa tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Jan ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.
"Beta telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011," titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan hari ini.
Sultan Selangor bertitah proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
"Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab," titah Sultan Selangor.
Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang berasingan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda telah menerima draf pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan baginda telah meneliti cadangan pindaan itu.
"Walaubagaimanapun baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menilai sama ada pindaan tersebut wajar diterima untuk diluluskan ataupun tidak," kata Mohamad Munir.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mencadangkan Perkara 52 Undang-undang Kerajaan Negeri dipinda bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar di dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan