Belum mula penamaan calon, UMNO/BN sudah mula acara rasuah penduduk Felda dengan memberi tapak tanah kira-kira 500 lot tanah kepada Generasi Kedua Felda Johor. Usaha itu menunjukkan tindakkan yang cuba merasuah penduduk. Mengapa pemberian tanah ini disaat pilihan raya kecil bermula?
Harga 1 lot tanah itu bernilai kira-kira RM17,000 dengan nilai keseluruhan RM8.5 juta bagi menyediakan prasarana tersebut. Selain itu peruntukkan RM1.6 bilion akan dibelanjakan oleh Felda pada tahun ini atas nama membangunkan masyarakat peneroka di seluruh negara. Mengapa tiba-tiba umumkan demikian? sebelum ini tidak pula kecoh pasal peneroka?
Ini juga merupakan gula-gula yang ditabur kepada rakyat disaat kerajaan UMNO/BN tersentak dengan apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari mereka. Mereka cuba memperkudakan masyarakat Felda dengan menaburkan duit untuk meraih undi biar pun belum bermula kempen untuk mengundi.
UMNO/BN cuba untuk mengalihkan perhatian masyarakat Felda dengan mengatakan bahawa BN jugalah yang dapat mengubah hidup mereka dan tindakan mereka ini lebih kepada khurafat. Bagi BN, merekalah yang memberi nafas baru kepada Felda.
Boleh kita katakan kepada BN. BN sanggup buat apa sahaja asalkan rakyat menyokong mereka. Bagi mereka, tiada Tuhan mereka tidak kisah asalkan ada UMNO/BN. Itulah yang cuba ditanam oleh UMO/BN. Mereka menyempitkan pemikiran warga Felda dan memperbodohkan golongan Felda semat-mata untuk mengaut keuntungan semata-mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan