IPOH : Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir.
Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu.
Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.
Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu.
Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.
Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama.
Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi.
Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba.
Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular.
Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
”Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S. Subramaniam.- tvs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan