Umno bangun negara Islam? kahkahkah.....edar video seks sana sini, lepas tu cakap bangun negara Islam?kahkahkah....lulus judi sana sini, lepas tu cakap bangun negara Islam? kahkahkah..Beli wakil rakyat sana sini, lepas tu cakap bangun negara Islam? kahkahkah..kelakar la Mat sembab ni....
KANGAR 19 Mei - Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).
Jangan ragu usaha kerajaan bangun negara Islam - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.
''Tidak payah kita nak sebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.
"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Muhyiddin berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam, ia bukan bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam yang diamalkan kerajaan BN adalah memberi layanan adil kepada semua.
Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Menurut beliau, dalam kerajaan menyediakan segala kemudahan asas, pada masa sama pendapatan rakyat perlu ditingkatkan selagi ada ruang dan peluang supaya tiada jurang di antara bandar dan luar bandar.
"Usaha untuk membangunkan infrastruktur kita lakukan secara berterusan. Apa yang kita mahu lihat adalah negara kita maju dan masyarakatnya berjaya dengan mempunyai pendapatan yang baik," kata beliau.
Terdahulu, Muhyiddin yang diiringi tetamu kenamaan lain melawat seorang warga emas, Arpah Hashim, 83, di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang yang menghidap sakit tua.
Warga emas itu yang menerima skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dijaga oleh anaknya, Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan.
Turut tinggal bersama mereka ialah seorang anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun yang bercerai dengan suaminya setahun lalu dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.
Timbalan Perdana Menteri juga melakukan tinjauan mesra di pekan kecil Kuala Sanglang dan melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang serta menjamu selera pada majlis jamuan berkenaan yang juadahnya dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung. (UTUSAN)
Dicatat oleh jiwa rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan