Jika kita membaca tulisan Aziz Bari dan Hanipa Maidin, kita akan mendapati kenyataan sinis ditujukan kepada hakim yang bernama Mohamad Zabidin. Dia didakwa bersekongkol dengan pendakwa raya. Di samping itu, dia juga didakwa berbuat lawak. Semua dakwaan ini ternyata benar jika diselidiki kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut hakim tersebut.
Kenyataan-kenyataan Zabidin yang tidak diterima ramai ialah mengangkat Saiful sebagai seorang yang berwibawa sedangkan semasa perbicaraan dia sering berdolak-dalik dan tidak konsisten. Di samping itu, Zabidin telah melangkaui jauh dari yang sepatutnya. Anwar telah pun dihukum bersalah sekalipun hujah bela dirinya belum didengari.
Inilah ciri-ciri penghakiman Malaysia yang tidak disenangi oleh pelbagai pihak. Semua yang didakwa tidak ada yang salah walaupun sedikit sehingga orang kena tuduh (OKT) sudah boleh dijatuhi hukum bersalah. Lantaran itulah ada pihak yang menggelar institusi kehakiman Malaysia sebagai Mahkamah Kangaroo.
Berbekalkan fakta yang sedia ada, ramai orang yang sudah membuat keputusan bahawa akhirnya Anwar akan didapati bersalah dan disumbat ke penjara. UMNO pasti lega dan gembira kerana berjaya menghumban undang-undang Islam ke laut dalam. Bagi mereka Malaysia tidak perlu sujud kepada qazaf dalam kes jenayah syariah. Walau bagaimanapun, di sana sini mereka mencanangkan UMNO berjuang untuk bangsa, agama, dan negara. Mereka melenting melantun-lantun apabila isu Kristian yang tak masuk di akal itu diketengahkan.
Mengapa UMNO bertindak demikian? Ini kerana mereka beranggapan bahawa apabila duri dalam daging tercabut, semua halangan dan rintangan selesai dan sirna dengan sendirinya. Oleh sebab itu, mereka akan terus menguasai Putrajaya.
Namun, UMNO sering terjerat dengan kejahilan sendiri. Roh perjuangan yang disemai oleh Anwar sudah lama menjangkaui akar umbi Pakatan Rakyat. Semangat juang yang kental telah meresapi bukan sahaja ahli-ahli PKR malahan juga ahli-ahli PAS dan DAP. UMNO akan merasa betapa peritnya menghadapi semangat juang yang tentunya melebihi kegarangan harimau yang tercedera itu.
Seorang Anwar bisa dipenjara, tetapi seribu Anwar yang lahir pasti lebih memeritkan. Dengan bantuan Allah Subhanahu wa Ta'ala, UMNO/BN dapat ditumpaskan!!! Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan sejati akan menghukum semua kerja jahat yang dilakukan oleh UMNO/BN. Bersedialah wahai UMNO dan gerombolannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan