Jumaat, 20 Mei 2011

Petanda Kerajaan BN Bakal Tumbang Di Bumi Terengganu...!!



Bantahan demi bantahan telah disuarakan oleh rakyat terhadap polisi dan perlaksanaan program Mentei Besar, Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Namun, sikap Ahmad yang 'keras' telah menolak suara rakyat dan menyelar tindakan bantahan yang dilakukan

Terbaru, kira-kira 100 penduduk termasuk pemilik premis perniagaan disepanjang jalan di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kampung Tanjung di sini.

Mereka membantah tindakan kerajaan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengubah laluan dua hala di Jalan tersebut kepada jalan sehala sejak seminggu lalu.

Memorandum bantahan telah diserahkan kepada MBKT, menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan mendesak supaya MBKT mengembalikan semula laluan dua keatas jalan terbabit.

Sebaliknya, Ahmad Said bukan sahaja tidak mahu menerima bantahan tersebut malah telah menyelar tindakan penduduk dan pemiaga

Beliau, malah menyifatkan keluhan dan suara rakyat itu sebagai hanya 'mementingkan diri'.

Ahmad mendakwa perlaksanaan jalan satu hala itu adalah tindakan jangka panjang untuk mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di jalan tersebut.

Namun begitu, penduduk yang membantah mengatakan sebaliknya.

Menurut laporan sebuah akhbar harian, seorang wakil penduduk, How Kok Kong, 67, ia bukan jalan sibuk seperti yang didakwa Ahmad.

Bahkan, penukaran jalan tersebut kepada 'satu hala' menyebabkan penduduk terpaksa mengambil jalan lebih jauh untuk menghantar anak ke sekolah selain memberi kesan kepada peniaga.

Seorang lagi penduduk dan peniaga kedai runcit, Goh Bee Ai, 34, pula mendakwa sejak jalan itu dijadikan laluan sehala, ia menjadi gelanggang baru kepada mat rempit berlumba motosikal dan lumba kereta terutama pada malam Jumaat, sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Dalam tempoh seminggu ini, sduah dua kali Ahmad menolak memorandum bantahan yangdikemukan oleh rakyat Terengganu,

Pada Rabu, 11 Mei lalu, Ahmad telah menolak memorandum bantahan yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Encil Salleh Embong.

Tanpa melihat kepada isi kandungan memorandum tersebut, Ahmad terus membuat keputusan tidak menerima bantahan malah berlepas tangan dan mengatakan pihak Jabatan Kerja Raya telah menyelesaikannya.

Menurut saksi, Ahmad berkata kerajaan hanya mengeluarkan belanja untuk projek, perlaksanaannya adalah oleh pihak JKR.

Oleh itu, tidak ada apa-apa tindakan yang boleh dilakukakn oleh kerajaan kerana ianya telah selesai.

Sejak Januari 2010, sebanyak 12 bantahan teah diutarakan oleh rakyat Terengganu berkaitan dengan polisi kerajaan dan perlaksanaan projek serta berkaitan.

Senarai bantahan tersebut adalah sebagaimana di bawah;

1. Penduduk bantah judi haram; 20 Januari, 2010 - Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.

2. Bantah perobohan rumah Paya Bunga; 4 Mac, 2010 - Ikatan Anak Watan Darul Iman ( IKHWAN ) mengutuk tindakan zalim dan tidakperimanusiaan
yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu terhadap para penduduk Kg. Paya Bunga tanpa pertimbangan kemanusiaan.

3. Peniaga ‘Basah’ Bantah Cadangan Kerajaan Pindahkan Pasar Kedai Payang ; 1 Jun, 2010 - Hampir semua peniaga ‘barang-barang basah’ ikan, daging dan ayam membantah cadangan kerajaan memindahkan mereka dari pasar besar Kedai Payang. Menurut mereka, ura-ura kerajaan menempatkan mereka di pasar Cabang Tiga adalah satu cadangan yang mengancam ‘mata pencarian’ mereka.

4. Penduduk Bantah Pembinaan Atas Padang Permainan Kanak-kanak; 21 Jun, 2010 - Penduduk Taman Uda Murni, Tok Jembal bantah pembinaan Blai Raya atas Taman Permainan Kanak-kanak

5. Bantah pembangunan kolam udang; 23 Julai, 2010 - Penduduk Kampung Banggol Setiu bantah pembinaan kolam udang Taman Akuakultur Udang Bersepadu Permaisuri diusahakan di tanah seluas 1200 hektar dari Kampung Nyatoh hingga ke Kampung Banggol. Pampasan belum selesai tetapi sebahagian kebun penduduk telah diratakan dan tanah telah digali oleh pemaju kolam udang.

6. Bantahan penduduk Ladang Gemilang; 6 September 2010 - Lebih 70 orang penduduk, mewakili 30 keluarga yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang dekat sini menyuarakan tuntutan dan bantahan mereka terhadap Menteri Besar Terengganu dan juga kerajaan negeri Terengganu.Mereka menuntut supaya sewa pangsapuri kos rendah diturunkan sebagaimana janji adalah Menteri Besar Terengganu ketika tanah mereka diambil. Mereka juga menuntut supaya rumah tersebut di jual kepada mereka bukannya disewa sahaja

7. Bantahan jajaran Banggol Donas; 29 Oktober, 2010 - Penduduk Banggol Donas membuat bantahan melalu Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas terhadap jajaran jalan yang bakal menghapuskan penempatan penduduk asal Kg Banggol Donas.Projek ini tetap diteruskan walaupun bantahan mengenai Jajaran telah dihantar sebelum pengumuman mengenai jajaran semenjak tahun 2008.

8. Bantah Pelan ETP Hab Hiburan; 11 November, 2010 - Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu (IKRAM Terengganu) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu (JIM Terengganu) kesal dengan kenyataan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said yang dipetik di akhbar Sinar Harian pada 6 November 2010 yang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam ke arah memacu sektor pelancongan dengan menggandakan pendapatan hiburan malam menerusi kemasukan pelancong asing di negara ini sebagaimana pelan yang dirancang menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

9. Bantahan Mahasiswa Mesir; 29 November, 2010 - Mahasiswa Terengganu di Mesir bantah sikap tidak profesional pegawai berkenaan zakat MAIDAM Terengganu

10. Penduduk Gelugor Raja bantah pengambilan balik tanah; 1 Februari, 2011 - 500 penduduk Gelugor Raja mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, yang mengambil balik tanah mereka dengan harga yang rendah. Antara kampung terbabit Kampung Pak Pa, Kampung Gelugor Raja Masjid, Kampung Gelugor Raja, Kampung Tok Jamal dan Kampung Panji.

11. Bantahan penduduk Pulau Redang; 19 April 2011 - Kira-kira 100 penduduk Pulau Redang dekat sini mengadakan bantahan secara aman dengan menghalang feri daripada berlabuh di jeti pulau itu.bantahan yang dibuat itu adalah susulan rasa tidak puas hati penduduk pulau itu terhadap kenaikan harga tiket feri. Harga tiket asal bagi perjalanan sehala dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang dan sebaliknya adalah RM20 bagi dewasa tetapi telah dinaikkan kepada RM25 baru-baru ini.

12. Penduduk, pemilik premis perniagaan bantah jalan dua hala dijadikan sehala; 17 Mei, 2011 - Kira-kira 100 penduduk termasuk pemilik premis perniagaan di Kampung Tanjung Batu 1 di sini membantah tindakan pihak berkuasa mengubah laluan dua hala di Jalan Sultan Zainal Abidin kepada sehala sejak seminggu lalu.Sebagai tanda tidak puas hati, mereka bersepakat menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) semalam supaya laluan tersebut diubah semula kepada asal.

Tindakan Ahmad Said yang angkuh dan sombong tidak mahu menerima memorandum dan suara rakyat sudah berlaku berkali-kali.

Lebih setahun yang lalu, pada 6 Februari, 2010, Ahmad Said hanya menepis 'huluran tangan' Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman yang cuba menyerahkan memorandum persatuan tersebut

Bukan setakat Ahmad Said, Setiausaha Politiknya Ahmad Nizam yang juga anak didik Ahmad Said, turut melakukan perkara 'jelek' yang sama, umpama 'Bapa borek anak rintik'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan