Keliru lagi mengelirukan!
Nak selamatkan akidah.. buat perhimpunan!
Nak selamatkan agama... buat perhimpunan?
Nak selamatkan mereka yang murtad... buat perhimpunan?
Nak lawan agenda memurtadkan umat Islam.. buat perhimpunan!
Tapi dalam masa yang sama..
Usaha dakwah dimasjid surau disekat-sekat...
Nak nasihatkan orang Islam kena ada tauliah..
Nak ajak orang Islam buat baik kena ada kelulusan JAIS/MAIS saknikabenda!
Ada orang yang dulunya lagho..
La ni dah jadi baik dan nasihatkan orang lain buat baik sekali.. kena tangkap!
Silap-silap nanti kena denda dan penjara!
Konsert hiburan yang jelas merosakkan akidah seperti SUARA KAMI tu pulak..
usahkan dihalang malah Najib dan Rosmah pun tumpang semangkuk!
Najib siap jerit "Inilah generasi baru Malaysia!!!" laagii!!
Itu tak pulak ditangkap?
Itu tak pulak perlukan tauliah?
Itu tak perlu pulak kena ada kelulusan JAIS/MAIS/JAWI/JAKIM saknikabenda??
Sudah-sudahlah kelirukan Umat Islam..
Sudah-sudahlah menggunakan Islam untuk selamatkan diri yang jelas tak sokong Islam!
Kalau dah UMNO sendiri tolak hudud..
Apa yang nak dharapkan lagi dengan UMNO untuk pertahankan akidah Umat Islam?
Ghyyyuuuuubbbb lah jawabnya!!!
Kompom! Teman tak turun Himpunan ni..
Layan siri Kuliah Syeikh Nuruddin Al- Banjari di Masjid Assalam Bukit Sentosa 10000x bagus lahhh!!!budakbalun 20102011
HIMPUN: Umno S'gor mahu hadir, PAS tak ikut serta
emuda Umno Selangor akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu itu atas dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kata ketuanya, Engku Salleh Engku Jamal.
“... Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini," katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.
Laporan itu memetik Engku Salleh berkata dianggarkan lebih 2,000 Pemuda Umno Selangor akan turut serta dalam perhimpunan itu.-mkini
PERKASA tetap sertai HIMPUN walau tak berucap
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober.
"Kita pun tak berminat (berucap)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.
Jelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan.
"(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.-mkini
Mujahid: Ada sesuatu tidak kena dengan HIMPUN
Ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam pada Sabtu ini.
Katanya, walaupun tujuan murni perhimpunan yang bertemakan memelihara aqidah umat Islam itu adalah sesuatu yang wajar namun, beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.
“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” katanya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara dipetik oleh Harakahdaily.-mkini
MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini.
"Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita.-mkini
Anwar: PKR tak sertai Himpunan Sejuta Umat
PKR tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut.
"PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.-mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan